UZBEKISTAN mengecualikan bayaran masuk kepada warga China, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam, lapor agensi berita Trend Azerbaijan merujuk kepada dekri presiden.
Menurut dokumen tersebut, warga China, AS, dan Vietnam yang telah mencapai usia 55 tahun, dan berkunjung ke Uzbekistan dengan tujuan pelancongan tidak melebihi 30 hari, dikecualikan bayaran sebanyak AS$50.
Selain itu, kos konsular untuk mengeluarkan visa pelbagai kemasukan sehingga setahun untuk warga asing dan orang tanpa kewarganegaraan yang belajar di institusi pendidikan tinggi di Uzbekistan dikenakan bayaran sebanyak AS$175, kecuali jika dinyatakan sebaliknya oleh perjanjian antarabangsa Uzbekistan, termasuk dalam kes menerapkan prinsip kesamaan. – Bernama, 15 September, 2021.
Komen