Ribut Nicholas cetus ancaman banjir di selatan AS


Ribut tropika Nicholas boleh mencetuskan risiko banjir di beberapa Texas dan Louisiana, selatan AS, menurut pihak berkuasa meteorologi. – Gambar AFP, 14 September, 2021.

RIBUT tropika Nicholas yang membawa angin kencang dan ribut serta hujan lebat boleh mencetuskan risiko banjir di beberapa Texas dan Louisiana, selatan Amerika Syarikat (AS), menurut pihak berkuasa meteorologi.

Nicholas boleh menjadi ribut tropika yang kuat atau taufan Kategori 1 sebelum mendarat di sepanjang pantai Texas tengah malam Isnin, menurut Pusat Taufan AS (NHC), lapor Xinhua.

Gambar satelit NHC menunjukkan ribut berputar tepat di Pantai Teluk awal Isnin, lapor Houston Chronicle.

Ribut melanda seluruh pantai Texas meliputi lebih separuh Teluk Mexico. Sebelum ini pada hujung minggu beberapa bahagian lain turut dibadai ribut.

Banjir juga mengakibatkan beberapa jalan di sepanjang pantai tengah Texas terpaksa ditutup. – Bernama, 14 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen