UK umum beri vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak atas 12 tahun


Walaupun program vaksinasi berjaya dilaksanakan dilaksanakan namun, angka kes Covid-19 tetap tinggi apabila munculnya varian Delta. – Gambar EPA, 14 September, 2021.

UNITED Kingdom semalam mengumumkan kesemua kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun akan diberikan vaksinasi Covid-19 susulan saranan daripada empat pegawai perubatan tertinggi.

Britain menjadi salah satu negara paling teruk terjejas akibat Covid-19 apabila mencatatkan lebih 134,000 kematian.

Walaupun program vaksinasi berjaya dilaksanakan, angka kes tetap tinggi apabila munculnya varian Delta dan pihak berkuasa bimbang kes meningkat lebih-lebih lagi sekolah akan kembali dibuka selepas cuti musim panas.

“Saya sudah menerima saranan daripada Ketua Pegawai Perubatan untuk memperluas vaksinasi kepada mereka berusia 12 hingga 15 tahun bagi melindungi golngan muda dari dijangkiti Covid-19, mengurangkan penularan jangkitan di sekolah dan menjaga murid di dalam kelas,” kata Menteri Kesihatan Sajid Javid.

Program ini akan dilancarkan di sekolah dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga, menurut kementerian kesihatan. Mereka juga menyasarkan kira-kira tiga juta kanak-kanak.

Vaksinasi kanak-kanak menjadi isu besar walaupun negara-negara lain terus berusaha untuk menyuntik vaksin terhadap golongan muda.

Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) yang menasihati jabatan kesihatan UK mengenai imunisasi pada masa ini berkata, “margin keuntungan terutamanya pada perspektif kesihatan dianggap terlalu kecil untuk menyokong saranan mengenai program vaksinasi kanak-kanak.

Tetapi ketua pegawai perubatan (CMO) England, Scotland, Wales dan Ireland Utara berkata semalam bahawa vaksin harus disediakan selepas mempertimbangkan isu-isu yang lebih luas seperti pendidikan dan kesihatan mental. – AFP, 14 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen