PRESIDEN Korea Selatan Moon Jae In akan ke New York minggu depan untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-76, lapor Agensi Berita Yonhap pada Isnin.
Moon dijadual berlepas ke Amerika Syarikat (AS) pada Ahad dan akan menyampaikan ucap tama pada sesi ke-76 UNGA serta ucapan perasmian pada majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), menurut jurucakap pejabat Presiden, Park Kyung Mee.
Ini kali kelima Moon menyertai mesyuarat agung PBB.
Moon turut merancang mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa rakan sejawatnya di luar perhimpunan agung PBB, tambah Park tanpa mengulas lanjut.
Moon kemudian dijadual melawat Honolulu Hawaii, dan menyertai upacara memindahkan jasad anggota tentera Korea Selatan dan AS yang terbunuh ketika Perang Korea 1950-53.
Beliau dijadual pulang ke Seoul pada Khamis. – Bernama, 14 September, 2021.
Komen