Beberapa terperangkap dalam bangunan runtuh di India


Hujan berterusan selama beberapa hari lalu mungkin mengakibatkan struktur bangunan lama tiga tingkat di daerah Sabzi Mandi runtuh menyebabkan beberaoa orang dikhuatiri terperangkap. – Gambar Twitter TOI Delhi, 14 September, 2021.

BEBERAPA orang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat di daerah Sabzi Mandi, utara New Delhi pada Isnin, menurut seorang pegawai tinggi bomba.

Seorang lelaki dan dua kanak-kanak diselamatkan dan kini menerima rawatan di hospital berdekatan, lapor Xinhua.

Hujan berterusan selama beberapa hari lalu mungkin mengakibatkan struktur bangunan lama itu runtuh, kata pegawai bomba tersebut.

Anggota bomba dan polis giat menjalankan operasi menyelamat dengan bantuan penduduk tempatan.

Misi mencari diteruskan untuk mencari mangsa lain yang mungkin masih terperangkap.

Sebuah teksi yang berada berdekatan lokasi kejadian turut remuk di bawah runtuhan, namun, tiada orang di dalamnya. – Bernama, 14 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen