Tweet anti-Israel, model berhijab tarik diri dari kempen L’Oreal


Model berhijab British, Amena Khan telah menarik diri dari kempen L'Oreal berikutan tweet anti-Israel beliau pada 2014. Berikutan itu juga Amena memohon maaf kepada semua orang yang terasa dengan isi kandungan tweet itu. – Gambar Facebook, 23 Januari, 2018.

MODEL British Amena Khan yang terpilih untuk kempen L’Oreal telah menarik diri berikutan tuduhan beliau membuat kenyataan anti-Israel dalam tweet-nya.

Minggu lalu, syarikat kosmetik Perancis itu memilih Amena sebagai wanita berhijab pertama untuk kempen arus perdana iklan syampu mereka.

Bagaimanapun, tweet beliau pada 2014 itu telah dipadamkan.

“Saya sangat menyesal dengan isi kandungan tweet saya pada 2014 itu. Sejujurnya, saya minta maaf terhadap kekecewaan berikutan (tweet) itu,” tulisnya menerusi Twitter semalam.

“Dengan rasa kesal, saya telah menarik diri dari kempen itu kerana kontroversi itu bakal menyimpangkan niat positif (kempen) itu.”

Sehubungan itu, menjawab pada AFP, L’Oreal “meluluskan” keputusan Amena itu.

“Kami hargai kenyataan yang Amena telah meminta maaf atas isi kandungan tweet beliau dan terhadap reaksi yang timbul,” kata L’Oreal.

Ini bukan kali pertama kempen L’Oreal untuk mempromosikan kepelbagaian terganggu kerana komen kontroversi di media sosial oleh model.

Pada musim panas lalu, kumpulan L’Oreal telah mengugurkan seorang model transgender kulit hitam British, Munroe Bergdorf berhubung komen Facebook model itu yang menuduh semua orang berkulit putih menuduh keganasan kaum oleh semua orang putih. – AFP, 23 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen