Seorang maut helikopter terhempas di Perancis


Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin berkata terdapat lima penumpang di dalam helikopter yang terhempas berhampiran bandar Villard-de-Lans di Isere, tenggara negara itu semalam. – Gambar EPA, 13 September, 2021.

SEORANG maut selepas sebuah helikopter terhempas berhampiran bandar Villard-de-Lans di Isere, tenggara Perancis semalam, kata Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa. Terdapat lima orang di dalam helikopter itu,” katanya menerusi Twitter.

Helikopter perkhidmatan awam yang dalam perjalanan untuk membantu pendaki gunung yang cedera itu dilaporkan terhempas kira-kira 4.30 petang waktu tempatan (2:30 GMT), lapor Xinhua memetik televisyen BFM.

Punca nahas masih disiasat dan operasi menyelamat sedang dijalankan. – Bernama, 13 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen