Datuk bandar Paris lawan Macron, tanding pilihan raya presiden Perancis


Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo mengumumkan untuk bertanding sebagai presiden pada pilihan raya tahun depan. – Gambar EPA, 13 September, 2021.

DATUK Bandar Paris Anne Hidalgo mengumumkan untuk bertanding sebagai presiden pada pilihan raya tahun depan.

Pengumuman itu sekali gus menambab lagi pencabar untuk merebut jawatan presiden Perancis yang ketika ini dipegang Emmanuel Macron.

Hidalgo, 62, anak kepada imigran Sepanyol yang melarikan daripada pemerintahan diktator Francisco Franco adalah calon kegemaran ramai untuk memenangi pilihan raya presiden, yang dicalonkan parti Sosialis.

Bagaimanapun, datuk bandar Paris wanita pertama itu perlu mengembangkan profilnya di peringkat nasional untuk menjadi wanita pertama bergelar presiden.

Beberapa minit selepas pengumumannya itu, salah seorang pesaingnya merangkap pemimpin kanan, Marine Le Pen memulakan kempennya di bandar Frejus.

Hildago memilih kawasan limbungan di Rouen, bandar yang ditadbir parti Sosialis di barat laut sebagai lokasi pengumumannya berbanding bandar Paris.

Bergelar datuk bandar Paris sejak 2014, wanita itu muncul kali pertama sebagai tokoh polarisasi yang mengetengahkan kempen keluarkan kereta dari ibu kota dengan matlamat menjadikan Paris lebih hijau.

Dalam ucapannya, Hidalgo berkata beliau diasuh dalam sistem pekerjaan perumahan di Lyon.

Ia menunjukkan sistem persekolahan Perancis boleh membantu kanak-kanak menangani prejudis kelas.

Beliau bagaimanapun memberi amaran model republikan Perancis yang menjanjikan kebebasan dan kesaksamaan serta persaudaraan tidak akan berjaya.

“Saya mahu semua kanak-kanak di Perancis mempunyai peluang yang sama seperti pernah saya alami,” katanya.

Undian ketika ini menunjukkan Hidalgo memperoleh 7%-9% sokongan pada pusingan pertama pilihan raya presiden pada April, sekiranya beliau dipilih mewakili parti Sosialis.

Keutamaan beliau adalah untuk mengubah Perancis menjadi negara ekonomi rendah karbon sambil menuduh Macron gagal dalam janji mengenai perubahan iklim. – AFP, 13 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen