SEKURANG-KURANGNYA 13 maut dan lapan cedera dalam kemalangan di Algeria semalam selepas bas penumpang bertembung dengan sebuah trak.
Pihak berkuasa berkata tragedi berlaku di Oued Khebaza, wilayah Naama, kira-kira 650km ke selatan ibu negara, Algiers.
Pasukan pertahanan awam, dalam satu kenyataan media, berkata mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital.
Media tempatan menyiarkan video menunjukkan sebuah bas dengan bahagian depannya remuk sama sekali.
Pihak berkuasa sudah membuka kertas siasatan berhubung punca kemalangan, menurut agensi media rasmi, APS. – AFP, 13 September, 2021.
Komen