19,198 kes baru Covid-19, Sarawak tertinggi dengan 5,291 jangkitan


Raevathi Supramaniam

Sejumlah 19,198 jangkitan baru dilaporkan dengan angka kumulatif meningkat kepada 1,979,698 kes, setakat petang ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 September 2021.

SARAWAK melaporkan jumlah jangkitan Covid-19 sebanyak 5,291 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Jumlah jangkitan di negeri itu meningkat sejak Julai lalu walaupun lebih 60% penduduknya telah lengkap divaksin.

Setakat petang ini, Noor Hisham berkata sejumlah 19,198 jangkitan baru dilaporkan dengan angka kumulatif meningkat kepada 1,979,698 kes.

Di belakang Sarawak ialah Selangor yang melaporkan 2,347 kes, diikuti Johor dengan 2,110 kes.

Negeri lain yang mencatatkan lebih 1,000 kes adalah Sabah (1,717), Kedah (1,256), Pulau Pinang (1,309), Kelantan (1,435) dan Perak (1,118).

Negeri lain melaporkan angka Covid-19 bawah 1,000 dengan Kuala Lumpur (376), Negeri Sembilan (282), Melaka (340), Pahang (584) Terengganu (930), Perlis (67) dan Putrajaya (32).

Dalam pada itu, Labuan adalah negeri dengan jumlah jangkitan harian terendah dengan tiga kes.

Noor Hisham berkata, setakat 5 petang semalam, kapasiti katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 78%.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata sehingga semalam, sejumlah 17,026,781 individu atau 72.7% penduduk dewasa negara ini telah melengkapkan dos vaksinasi Covid-19 mereka.

Sementara itu, 90.9% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Ini menjadikan jumlah dos dikeluarkan sejak program vaksinasi yang bermula pada Februari lalu kepada 38,260,575. – 12 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen