Emma Raducanu menang Terbuka AS


Bintang tenis Britain, Emma Raducanu memenangi perseorangan wanita Terbuka AS 2021, kejuaraan Grand Slam pertamanya. – Gambar EPA, 12 September, 2021.

BINTANG tenis Britain, Emma Raducanu memenangi perseorangan wanita Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021, kejuaraan Grand Slam pertamanya.

Raducanu, 18, menundukkan pencabarnya Leylah Fernandez, 19, dari Kanada dengan straight set 6-4, 6-3 di gelangang final yang berlangsung di Stadium Arthur Ashe, New York City, lapor Agensi Anadolu.

Pemain itu menjadi wanita Britain pertama memenangi Terbuka AS sejak 1968 ketika  itu dimenangi Virginia Wade.

Raducanu membawa pulang piala dan hadiah wang tunai AS$2.5 juta. – Bernama, 12 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen