Senat, Dewan Perwakilan lulus rang undang-undang perbelanjaan AS


Senat dan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat akhirnya mencapai kata sepakat untuk meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sementara bertujuan menamatkan penutupan kerajaan selama tiga hari. – Gambar AFP, 23 Januari, 2018.

SENAT Amerika Syarikat (AS) semalam akhirnya mencapai kata sepakat untuk meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sementara bertujuan menamatkan penutupan kerajaan selama tiga hari.

Langkah menyalurkan dana untuk operasi persekutuan sehingga 8 Februari depan, diluluskan dengan sokongan 81 undian berbalas 18.

Ia dicapai selepas Demokrat mendapat jaminan Republikan dalam menangani nasib ratusan ribu pendatang muda yang berdepan kemungkinan pengusiran menjelang awal Mac.

Dewan Perwakilan turut mengikut jejak Senat dengan meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sementara itu.

Ia akan dihantar ke White House untuk ditandatangani Presiden Donald Trump. – AFP, 23 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen