Polis lepas gas pemedih mata protes anti vaksin di Greece


Kumpulan anti vaksin mengadakan tunjuk perasaan di Thessaloniki, Greece membantah arahan wajib mengambil vaksin Covid-19 dikenakan kerajaan. – Gambar EPA, 12 September, 2021.

POLIS di Thessaloniki, bandar kedua Greece terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan anti vaksin semalam, menjelang ucaptama ekonomi Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis.

Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk mengelak kira-kira 1,000 penunjuk perasaan berkumpul di lokasi perdana menteri akan menyampaikan ucapan.

Greece mengenakan arahan wajib mengambil vaksin Covid-19 bagi semua pekerja kesihatan, di mana mereka boleh digantung tugas jika enggan mematuhi arahan itu.

Sekatan lebih ketat bagi perjalanan udara, laut dan kereta api dikuatkuasakan bermula esok, dengan mereka yang tidak mengambil suntikan vaksin tidak layak lagi menerima ujian saringan Covid-19 secara percuma.

Lebih 14,000 kematian akibat covid-19 direkodkan di Greece. Lebih separuh daripada 11 juta penduduk negara itu sudah menerima vaksin penuh. – AFP, 12 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen