Pakatan patut pertimbang tawaran Ismail Sabri, kata penganalisis


Alfian Z.M. Tahir

Penganalisis politik menyarankan agar Pakatan mempertimbangkan tawaran transformasi dan pembaharuan pentadbiran kerajaan dibuat oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 September 2021.

PAKATAN Harapan (PH) harus mempertimbangkan dengan serius tujuh tawaran transformasi Parlimen dan pembaharuan pentadbiran yang dibuat oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata penganalisis.

Mereka berkata PH tidak harus terburu-buru menolak tawaran Ismail Sabri seperti dilakukan terhadap Muhyiddin Yassin, yang melakukannya ketika beliau hilang sokongan daripada ahli Parlimen di Parlimen.

Mereka berkata tawaran itu ia boleh dikatakan menggambarkan reformasi dibuat PH dalam manifestonya dan akan menjadi peluang untuk merealisasikan beberapa janji jika bekerjasama dengan Ismail Sabri.

Namun, ada mengingatkan yang tawaran itu adalah cara Ismail Sabri untuk mengelak undi percaya dan mendapatkan sokongan pembangkang bagi membolehkan Belanjawan diluluskan.

Prof Universiti Awam Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ini adalah masa yang tepat bagi PH untuk menilai tawaran tersebut demi kepentingan rakyat.

Beliau menjelaskan tawaran Ismail Sabri jauh berbeza dengan cadangan presiden Bersatu yang dibuat kira-kira sebulan lalu.

“Muhyiddin sudah kehilangan sokongan dan berusaha mendekati pembangkang sedangkan beliau boleh melakukannya selama 18 bulan sebagai PM.

“Sebaliknya, Ismail Sabri mempunyai sokongan dan beliau mengambil masa kurang sebulan untuk melakukannya. Muhyiddin tidak ikhlas, beliau melakukan perkara itu untuk terus menjadi PM.”

“PH harus memandang serius tawaran itu untuk kepentingan rakyat. Kita memerlukan pembaharuan institusi dan pada masa sama perlu mengurangkan politik agar ekonomi dapat diperbaiki, kita juga dapat menyelamatkan nyawa dan kehidupan,” katanya. – 11 September, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen