Syarikat penerbangan Pakistan sambung operasi ke Kabul mulai Isnin


PIA sudah memperoleh semua kelulusan untuk menyambung semula penerbangan ari Islamabad ke Kabul minggu depan. – Gambar EPA, 11 September, 2021.

PAKISTAN International Airlines (PIA) akan menyambung penerbangan dari Islamabad ke Kabul minggu depan, kata jurucakap syarikat itu kepada AFP pada Sabtu.
Ia sekali gus menjadi perkhidmatan komersial asing pertama sejak Taliban merampas kuasa bulan lalu.

“Kami sudah memperoleh semua kelulusan teknikal untuk operasi penerbangan. Pesawat komersial pertama kami, Airbus A320, dijadualkan terbang dari Islamabad ke Kabul pada 13 September,” kata jurucakap PIA, Abdullah Hafeez Khan. – AFP, 11 September, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen