BEKAS pemimpin Catalonia Carles Puigdemont tiba di Copenhagen hari ini, mencabar ugutan Madrid untuk mengenakan waran tangkapan terhadapnya sekiranya meninggalkan Belgium.
Puigdemont hidup dalam buangan di Belgium semenjak usaha menuntut kemerdekaan bagi Catalonia gagal.
Penyiar Denmar, TV2 melalui laman webnya telah mengeluarkan imej Puigdemont yang dikelilingi pemberita sebaik saja pesawat yang dinaikinya tiba di Lapangan Terbang Copenhagen.
Sumber di dalam rombongannya juga mengesahkan ketibaan Puigdemont.
Dia akan mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Catalonia di Universiti Copenhagen hari ini.
Sementara itu, pendakwa raya Sepanyol hari ini telah meminta seorang hakim yang terlibat dalam kes Puigdemont supaya mengeluarkan semula waran tangkap Eropah terhadap Puigdemont susulan ketibaannya di Copenhagen.
Bagaimanapun, hakim itu tidak diwajibkan untuk memenuhi permintaan tersebut.
Puigdemont dan kerajaannya yang digulingkan itu telah dituduh atas dakwaan pemberontakan, hasutan dan penyalahgunaan dana awam. – AFP, 22 Januari, 2018.
Komen