PM Kanada tertekan, banyak isu belum selesai menjelang pilihan raya


Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dijangka kalah dalam pilihan raya pada 20 September ini kerana beberapa isu seperti masalah orang asli, pemanasan global, Afghanistan dan vaksin Covid-19.– Gambar EPA, 10 September, 2021.

PERDANA Menteri Kanada Justin Trudeau mungkin kalah dalam pilihan raya selepas dikritik hebat mengenai dasar luar dan perubahan iklim.

Namun begitu beliau tetap berusaha menunjukkan kepada rakyat dan dunia yang saingan konservatifnya sebagai belum bersedia berdebat dengannya pada Khamis.

Debat perdana itu peluang terakhir Trudeau bersemuka saingannya Erin O’Toole dalam usaha untuk mempengaruhi pengundi.

Rakyat Kanada akan mengundi pada 20 September.

Beberapa isu - iklim, pemanasan global, Afghanistan, vaksin Covid-19 dan masalah orang asli - menjadi topik hangat kerajaan Trudeau.

Ketegangan meningkat dalam beberapa hari ketika O’Toole mendahului tinjauan pendapat umum.

Trudeau yang gelisah menuduh O’Toole sembunyi agenda longgarkan kawalan senjata api, selain mengenai pendekatan parti Konservatif terhadap pemanasan global.

Perdana menteri juga mencabar O’Toole tentang suntikan Covid yang diwajibkan.

“Masalah dengan O’Toole dan prinsipnya adalah beliau kata semua hal yang tepat dan berusaha untuk yakinkan semua orang beliau pemimpin yang kuat, tetapi beliau tidak dapat yakinkan calonnya untuk dapatkan vaksin,” kata Trudeau.

O’Toole, yang telah memimpin Konservatif selama satu tahun, menjawab:: “Saya yang pandu bas untuk pastikan kita semua kembali ke landasan.”

Mengenai iklim, Trudeau diserang kerana gagal memasukkan tingkat pelepasan gas rumah kaca Kanada selama enam tahun sejak pegang jawatan.

Mengakui Konservatif perlu dapatkan kembali kepercayaan masyarakat, O’Toole berkata: “Kami akan penuhi harapan orang Kanada terhadap perubahan iklim.”

Mengenai dasar luar, beliau mengkritik Trudeau kerana mengadakan pilihan raya pada hari Kabul jatuh ke tangan Taliban, selain pertikaian yang tidak berkesudahan dengan China.

“Ketika Afghanistan jatuh, terdapat 1,200 rakyat Kanada dan ratusan lagi penterjemah dan yang lain menunggu bantuan dari Kanada,” kata O’Toole.

“Mr Trudeau seharusnya tidak buat pilihan raya ini, anda patut selesaikan isu Afghanistan dahulu,” katanya. – AFP, 10 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen