RUSIA pada Jumaat berkata pasukan antikeganasannya telah membunuh dua militan dan menemui sejumlah senjata semasa serbuan di wilayah Dagestan di Caucasus Utara.
Jawatankuasa Anti-Keganasan Negara (NAK) memberitahu agensi berita dua militan melepaskan tembakan semasa operasi mencari di wilayah Buinaksk di di Laut Caspian.
NAK berkata lelaki itu disuruh menyerah tetapi melepaskan tembakan dan berjaya “dineutralkan”.
“Senjata dan peluru automatik dijumpai di lokasi tembak-menembak dan peranti letupan (IED) yang siap untuk diguna ditemui dalam kereta penjenayah,” kata NAK, menurut agensi berita Rusia.
Perkhidmatan keselamatan Rusia secara rutin mengumumkan operasi antikeganasan,terutama terhadap gerakan disyaki Islam di selatan negara itu dan Chechnya.
Perkhidmatan keselamatan pada Disember berkata pihaknya telah menggagalkan serangan yang dirancang oleh kumpulan yang setia kepada Negara Islam (IS) di Caucasus Utara republik Dagestan, menangkap empat orang.
Pada 1990-an Moscow melancarkan dua perang ganas terhadap puak pemisah di Chechnya, di sepanjang sempadan dari Dagestan. – AFP, 10 September, 2021.
Komen