China meterai lebih 30 perjanjian dengan Asean


China memeterai lebih 30 perjanjian dengan negara-negara Asean dala selain menandatangai perjanjian yang tertumpu terhadap kerjasama pertanian dua hala. – Gambar EPA, 10 September, 2021.

FORUM Kerjasama Pertanian China-Asean kelima yang berlangsung di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada Khamis menyaksikan China memeterai lebih 30 perjanjian dengan negara-negara Asean.

Selain menandatangani perjanjian yang tertumpu terhadap kerjasama pertanian dua hala itu, lebih 200 projek pertukaran berkaitan teknologi pertanian akan turut dilaksanakan.

Pada 2020, jumlah dagangan produk pertanian antara China dan Asean direkodkan sebanyak USD43 bilion (RM178 bilion), atau 17.2 peratus daripada jumlah perdagangan pertanian luar negara China.

Menurut Li Zhiping yang merupakan Timbalan Pengarah Pusat Kerjasama Ekonomi Luar di bawah Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Desa China, kerjasama pertanian China-Asean akan membuka peluang strategik yang baharu.

Jelasnya, dasar dwikitaran dalam dan luar negara, serta pemacuan pembangunan  baharu antara satu sama lain anjuran China bermanfaat untuk penyelarasan pasaran China dan Asean.

Li juga yakin pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan membantu untuk melonjakkan kerjasama antara kedua-dua pihak ke satu tahap lebih tinggi.

Sementara itu, Duta Filipina ke China, Jose Santiago L.Sta. Romanna berkata pihaknya berpuas hati dalam kerjasama dua hala untuk memperluas pembangunan pertanian.

Tambah beliau, taraf kerjasama pertanian kini turut dipertingkat susulan hubungan dua hala yang semakin kukuh.

Duta Myanmar ke China, H.E U Myo Thant Pe pula berpandangan bahawa projek kerjasama berjaya membantu petani di negara Asia Tenggara untuk menjana pendapatan antaranya menerusi penanaman jagung, pengeluaran getah, tanaman hortikultur dan pemprosesan makanan haiwan. – Bernama, 10 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen