ANGKA kematian akibat kebakaran penjara di Indonesia meningkat kepada 44 orang, kata pihak berkuasa semalam.
Keluarga mangsa juga bergegas menyerahkan sampel DNA untuk mengenal pasti mayat tahanan yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Jumlah mangsa yang maut adalah seramai 41 orang pada hari sebelumnya selepas api merebak di penjara yang padat di Tangerang, di luar ibu kota Jakarta pada awal pagi Rabu.
Namun Menteri Undang-Undang Yasonna Laoly berkata, tiga daripada lapan tahanan yang cedera parah meninggal dunia di hopistal semalam.
“Jenazah mereka masih di bilik mayat dan kami sedang berurusan dengan keluarga mangsa agar mereka dapat mengambil mayat berkenaan untuk dikebumikan,” kata Laoly kepada wartawan.
Mayat berkenaan tidak memerlukan ujian DNA kerana masih tidak dapat dikenal pasti apabila melecur sehingga 90%, kata menteri berkenaan.
Polis sudah menerima 31 sampel DNA dari keluarga beberapa yang maut untuk membantu proses pengecaman.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca kebakaran dan menyebabkan ia merebak dengan cepat ketika kebanyakan tahanan sedang tidur di dalam sel penjara mereka.
Pada kira-kira jam 3 pagi, anggota bomba memadamkan api kebakaran yang bermula di blok perumahan tahanan yang dipenjara atas tuduhan dadah.
Antara kemungkinan penyebab kebakaran adalah disebabkan kerosakan elektrik.
Pihak berkuasa berkata, sistem elektrik penjara itu tidak dinaik taraf sejak dibina pada 1972, tetapi jumlah kematian besar-besaran akibat kesesakan dipersalahkan.
Penjara itu mempunyai lebih 2,000 tahanan yang mana melebihi tiga kali jumlah tampungan.
Blok yang terbakar itu mempunyai kapasiti maksimum 40 tahanan tetapi menempatkan 120 orang.
Keadaan yang terlalu padat dan tidak bersih adalah perkara biasa di penjara Indonesia yang mempunyai kira-kira 270,000 tahanan. – 10 September, 2021.
Komen