83 pemimpin dunia dijangka hadir Perhimpunan Agung ke-76 PBB


Presiden sesi ke-75 UNGA Volkan Bozkir berkata 83 pemimpin negara memaklumkan hasrat untuk menghadiri perhimpunan, manakala 26 lagi telah memohon untuk sertai secara rakaman. – Gambar AFP, 10 September, 2021.

SERAMAI 83 pemimpin negara dijangka menghadiri sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)  yang bakal berlangsung mulai 14 September, kata presiden sesi ke-75 UNGA, Volkan Bozkir, pada Khamis. 

“Setakat ini, 83 pemimpin negara secara peribadi telah memaklumkan hasrat mereka untuk menghadiri perhimpunan itu, 26 telah memohon untuk sertai secara rakaman,” kata Bozkir pada sidang media terakhirnya sebagai presiden UNGA, lapor Xinhua.

“Ramai ketua negara mahu hadiri perhimpunan itu secara fizikal. Sudah tentu, kami terpaksa mengehadkan jumlah orang yang boleh masuk ke dalam bangunan.

“Disebabkan bilangan delegasi yang menyertai lebih ramai daripada jangkaan dan bertambah dari semasa ke semasa , jadi hanya 1 + 6 (untuk setiap delegasi),” katanya. 

UNGA 76 akan berlangsung mulai 21 hingga 27 September. – Bernama, 10 September, 2021.    



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen