Malaysia bakal jadi negara Islam selepas PAS dalam kerajaan, kata bekas diplomat


Raevathi Supramaniam

Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama sementara Ahmad Marzuk Shaary sebagai timbalan menteri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 September, 2021.

MALAYSIA kini menuju ke arah menjadi sebuah negara Islam selepas pemimpin PAS mengetuai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata bekas diplomat Dennis Ignatius.

Bercakap pada pelancaran buku baharunya, Paradise Lost: Mahathir & the End of Hope, Ignatius berkata, dengan adanya parti Islam yang memimpin, Malaysia mungkin menjadi Wahhabisme dan ini mungkin tidak dapat dipulihkan.

“Selepas Jakim yang kini berada di bawah PAS, saya menjangkakan kita akan menjadi negara Islam dengan kadar yang lebih cepat,” katanya pada majlis pelancaran malam tadi.

Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama sementara Ahmad Marzuk Shaary sebagai timbalan menteri.

Beliau juga berkata, PAS telah mendesak agar orang bukan Islam tidak dilantik ke jawatan kanan dalam kerajaan.

“Ada desakan untuk melaksanakan undang-undang syariah kepada orang bukan Islam. Ada begitu banyak sikap tidak bertoleransi terhadap agama lain. Bilakah ia akan berakhir?,” soalnya sambil menambah bahawa ia juga mengganggu cara Islam ditakrifkan secara politik.

Profesor James Chin dari University of Tasmania, yang juga bercakap pada pelancaran buku itu berkata bahawa walaupun Malaysia boleh menjadi negara Islam, itu tidak akan berdasarkan model Timur Tengah.

“Apa yang anda ada sekarang adalah kumpulan minoriti yang sangat komited untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Bukan seperti di Timur Tengah, tetapi negara Islam Melayu,” katanya.

Chin berkata, politik Islam yang sedang membangun tidak sesuai dengan norma demokrasi. – 10 September, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen