Ford bakal tutup 2 kilang di India


Ford India telah melabur melebihi AS$2 bilion untuk kilang pengeluarannya di Tamil Nadu dan Gujarat dengan kapasiti menghasilkan 610,000 enjin dan 440,000 kenderaan setahun. – Gambar AFP, 10 September, 2021.

PEMBUAT kereta Amerika Syarikat (AS) Ford Motor Co bakal menutup dua kilang pengeluarannya di India sebagai sebahagian daripada penyusunan semula perniagaan, lapor media India pada Khamis.

Syarikat itu mengalihkan tumpuannya untuk menjual kenderaan import di pasaran India, lapor agensi berita PTI.

Ford India telah melabur melebihi AS$2 bilion untuk kilang pengeluarannya di Tamil Nadu dan Gujarat dengan kapasiti menghasilkan 610,000 enjin dan 440,000 kenderaan setahun, menurut maklumat di laman web syarikat.

Ford memasuki pasaran India pada 1995 dan syarikat itu menjadi pengeluar kenderaan AS yang kedua selepas General Motors menghentikan kilang pembuatan di pasaran yang dikuasai oleh pembuat kenderaan domestik dan Asia. – Bernama, 10 September, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen