323 kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini


Noel Achariam

Kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini mencecah 19,486 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 September, 2021.

MALAYSIA melaporkan 323 kematian baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 19,486, kata Khairy Jamaluddin.

Terdapat juga 1,310 kes yang dirawat di unit rawatan rapi, kata menteri kesihatan itu.

Daripada jumlah tersebut, 967 adalah kes Covid-19 disahkan, sementara 343 kes disyaki dan dalam siasatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy juga berkata terdapat 737 kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah tersebut, 464 kes positif Covid-19, sementara 273 kes disyaki dan kes sedang dalam siasatan.

Sementara itu, kes aktif kini sebanyak 242,802 selepas 24,855 orang pulih berbanding 19,307 jangkitan baharu hari ini.

Sebilangan besar kes baharu hari ini - 19,005 - melibatkan pesakit Kategori 1 tanpa gejala dan Kategori 2 dengan gejala ringan.

Pada peringkat jangkitan yang lebih serius, 302 kes adalah dalam Kategori 3, 4, dan 5.

Sementara itu, sebanyak 27 kluster baharu dilaporkan hari ini, dengan 15 melibatkan tempat kerja, 11 kluster komuniti  dan institusi pendidikan (1). – 9 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen