AS 'putus asa' isu perjanjian nuklear Iran


IAEA mendakwa tugas mengawasi Iran terjejas selepas Tehran menangguhkan jadual agensi di bawah PBB itu untuk memeriksa beberapa pusat nuklearnya. – Gambar fail EPA, 9 September, 2021.

AMERIKA Syarikat (AS) memberi amaran masa semakin suntuk bagi Iran untuk kembali mengadakan rundingan nuklear di bawah Pelan Tindakan Bersama Komprehensif (JCPOA).

Setiausaha Negara AS Antony Blinken berkata demikian di Jerman semalam susulan laporan mengandungi teguran keras daripada badan pemantau nuklear Pertubuhan bangsa-Bangsa bersatu (PBB).

“Saya tidak akan menetapkan tarikh tetapi kita sudah hampiri tahap di mana tindakan kembali kepada pematuhan tegas terhadap JCPOA tidak lagi menghasilkan manfaat yang diharapkan menerusi perjanjian itu.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kelmarin mendakwa tugas mengawasi Iran terjejas selepas Tehran menangguhkan jadual agensi di bawah PBB itu untuk memeriksa beberapa pusat nuklearnya.

Malah, Menteri Luar Jerman Heiko Maas berkata saranan Tehran supaya rundingan semula itu ditangguhkan dua atau tiga bulan lagi adalah terlalu lama.

Beliau turut memaklumkan sudah menghubungi rakan sejawatnya di Iran, menggesa Tehran kembali ke meja rundingan dengan kadar segera.

Namun, Maas berkata Berlin masih mengharapkan kerajaan baharu Iran akan terus menyokong hasil rundingan yang sudah diadakan setakat ini. – AFP, 9 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen