RIBUT tropika Mindy terbentuk di Teluk Mexico mulai semalam, dijangka membadai pantai barat daya Florida, kata Pusat Taufan Negara (NHC) Amerika Syarikat (AS).
Ribut diramal berada 150km di barat daya bandar Apalachicola petang ini dan dijangka membawa hujan lebat di negeri selatan AS malam nanti.
Mindy bergerak ke arah timur laut dengan kelajuan 21 batu sejam, dengan maksimum kekuatan angina 40 batu sejam, kata NHC.
Ribut dijangka melanda merentasi Florida, dengan sebahagian kawasan bersempadan negeri Alabama dan Georgia.
NHC mengeluarkan amaran kepada negeri di kawasan tepi pantai, antara Mexico Beach dan Steinhatchee River.
Hujan lebat diramalkan turut berlaku di selatan Georgia dan South Carolina, dijangka hingga sepanjang hari. – AFP, 9 September, 2021.
Komen