Bangkok lancar unit vaksinasi bergerak


Sebuah bas yang dilengkapi dengan pasukan vaksinasi akan ditugaskan menyuntik golongan berkenaan di lokasi terpilih di Bangkok, Thailand. – Gambar EPA, 8 September, 2021.

BANGKOK hari ini melancarkan Unit Vaksinasi Bergerak untuk memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan warga emas dan yang berisiko.

Projek perintis itu dilancarkan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) bagi meningkatkan lagi usaha vaksinasi.

Sebuah bas yang dilengkapi dengan pasukan vaksinasi akan ditugaskan menyuntik golongan berkenaan di lokasi terpilih di bandar raya itu. 

Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang berkata unit itu dikendalikan enam hingga tujuh petugas termasuk tiga anggota perubatan, seorang pemandu dan petugas mengendalikan kertas kerja.

“Unit itu mampu menyuntik lebih 1,000 individu sehari. BMA merancang menyediakan tujuh lagi unit,” katanya.

Program vaksinasi Thailand agak perlahan berbanding negara jiran di rantau ini. Terkini, Thailand telah memberikan 37.46 juta dos vaksin Covid-19 termasuk 607,177 suntikan dos tambahan atau booster.

Local media reported the group of 43 crewmen on a fishing boat and two women were arrested in Malaysia for illegal entry before being deported from Kedah on Sept 3 via the Sadao border checkpoint in Songkhla.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 14,176 kes baharu COVID-19 dan 228 korban, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 1,322,519 dan 13,511 kematian.

Sementara itu, seorang daripada 45 pekerja Thailand yang dihantar pulang dari Malaysia dan menjalani kuarantin wajib di sebuah hotel disahkan positif Covid-19.

Media tempatan melaporkan sekumpulan 43 kru bot nelayan dan dua wanita ditahan di Malaysia kerana masuk secara haram sebelum dihantar pulang dari Kedah pada 3 Sept melalui pusat pemeriksaan sempadan Sadao di Songkhla. – Bernama, 8 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen