Media China cuba yakinkan pelabur tentang tindakan keras


Media China mempertahankan pemerintah komunis yang membuat kawalan ketat terhadap industri dengan berkata langkah itu tidak akan kurangkan komitmen republik itu untuk buka semula ekonomi. – Gambar EPA, 8 September, 2021.

KAWALAN ketat China terhadap industri termasuk firma teknologi dan sektor pendidikan tidak akan kurangkan komitmen untuk buka semula ekonomi, kata media negara komunis itu pada Rabu.

Perubahan peraturan sejak beberapa bulan ini telah menyasarkan semua dari tingkah laku monopoli hinggalah kepada keselamatan data sehingga mengganggu harga saham.

Pihak berkuasa telah mengarahkan beberapa firma teknologi terbesar di China menghentikan “pengembangan tidak teratur” selain melancarkan satu siri siasatan antimonopoli dan keselamatan siber.

Sokongan oleh Presiden Xi Jinping yang menyasarkan negara kaya seluruh dunia dan menyeru kemakmuran bersama telah menambah semangat perdebatan awam, seperti langkah untuk memperketat pengawasan budaya pop.

Namun sebuah artikel yang dikongsi secara meluas oleh seorang blogger terkenal menyebut tindakan “revolusi” itu telah mengakibatkan pergolakan oleh tokoh awam dan media negara untuk mengatasi kebimbangan yang semakin meningkat bahawa perubahan tersebut merupakan Revolusi Budaya kedua.

“Pembukaan kepada dunia luar adalah dasar kebangsaan China, dan ini tidak akan goyah sama sekali,” dakwa sebuah editorial People’s Daily di halaman depan pada Rabu.

“Prinsip dan dasar yang mendorong, menyokong dan membimbing pembangunan sektor ekonomi bukan awam tidak berubah,” tambah akhbar negara itu.

Editorial itu pada Rabu menambah peraturan tersebut adalah untuk memandu perusahaan mematuhi kepimpinan parti pemerintah dan melayani kepentingan ekonomi dan sosial yang lebih luas di negara tersebut. – AFP, 8 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen