LEBIH 200,000 terkorban akibat Covid-19 di Afrika sejak pandemik itu bermula, menurut rekod harian yang dikumpul.
Sebanyak 54 negara di rantau itu mungkin tidak terjejas seterus bahagian lain di dunia – sekurang-kurangnya berdasarkan kepada angka rasmi yang direkodkan. Negara berkenaan dapat mengelak keadaan paling mengerikan ketika awal pandemik.
Tetapi Afrika yang mempunyai populasi lebih 1.3 bilion, merekodkan 200,254 kematian sejak virus itu kali pertama muncul di China pada Disember 2019.
Jumlah kematian di seluruh dunia mencatatkan 4.57 juta mangsa.
Selepas beberapa bulan yang teruk, termasuk 27,000 kematian pada Julai dan 26,000 pada Ogos, pandemik itu nampaknya mula dapat dikawal di benua itu, dengan jumlah jangkitan harian 617 kes berbanding 990 pada hujung Julai.
Angka itu berdasarkan kepada jumlah dikumpul pihak berkuasa kesihatan di setiap negara atau oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan termasuk negara di Afrika Utara. – AFP, 8 September, 2021.
Komen