Venezuela ambil alih jawatan presiden bergilir Opec pada 2018


Perkara itu disahkan Menteri Minyak Venezuela Manuel Quevedo (kanan) menerusi akaun Twitter pada Sabtu. – Gambar EPA, 22 Januari, 2018.

VENEZUELA telah mengambil alih jawatan presiden bergilir Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), kata Menteri Minyak Venezuela Manuel Quevedo pada Sabtu.

“Venezuela mengambil alih jawatan presiden bergilir OPEC pada 2018,” kata Quevedo, yang juga presiden syarikat minyak negara PDVSA, menerusi akaun Twitter.

Quevedo membuat pengumuman itu dari Oman, di mana OPEC sedang mengadakan mesyuarat di peringkat menteri-menteri bagi memantau pematuhan negara-negara pengeluar minyak terhadap perjanjian bagi mengawal output untuk menaikkan harga.

Menurut PDVSA, mesyuarat itu “bertujuan menyatukan usaha untuk mempercepat penstabilan pasaran minyak global,” yang menyaksikan harga minyak mentah merudum pada 2014. 

Harga minyak telah kembali meningkat kepada kira-kira AS$63 setong.

Jawatankuasa pemantauan terdiri daripada anggota OPEC iaitu Algeria, Kuwait dan Venezuela serta negara bukan pengeluar minyak OPEC iaitu Rusia dan Oman. – Bernama, 22 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen