Polis tidak sebut pendakwaan berganda dalam kes kematian pengawal keselamatan


Kes kematian pengawal keselamatan Thava Sagayam diklasifikasikan sebagai kes bunuh.– Gambar fail The Malaysian Insight, 7 September, 2021.

POLIS Perak masih menunggu arahan lanjut pihak pendakwa raya berhubung pertuduhan lebih berat ke atas seorang anggota Bersatu kerana memukul seorang pengawal keselamatan yang kemudiannya meninggal dunia minggu lalu.

Ketua polis negeri Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pelaku belum lagi ditahan kerana pihak polis masih menunggu arahan lanjut berkenaan.

Mior juga menafikan menyebut Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan seperti dalam laporan The Malaysian Insight ketika beliau mengulas kenapa suspek tidak ditangkap selepas pengawal keselamatan Thava Sagayam meninggal dunia di rumahnya di Ipoh, Perak.

Kematiannya menyebabkan kes dikelas semula sebagai bunuh.

Semakan The Malaysian Insight juga mengesahkan Mior tidak memetik Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan. Kesilapan amat dikesali. – 7 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen