6 rakyat Palestin bolos dari penjara Israel


Lubang terowong di bawah sinki yang digali enam banduan rakyat Palestin untuk melarikan diri dari penjara Gilboa Israel. – Gambar AFP, 7 September, 2021.

ENAM rakyat Palestin melarikan diri dari penjara Israel semalam melalui terowong yang dikorek dari bawah sinki, mencetuskan operasi memburu kumpulan itu yang termasuk seorang bekas militant terkemuka.

Perkhidmatan Penjara Israel berkata loceng amaran berbunyi kira-kira 3 pagi waktu tempatan apabila penduduk tempatan ternampak “kelibat mencurigakan” di luar penjara Gilboa, di utara Israel.

Kumpulan yang melarikan diri itu termasuk Zakaria Zubeidi, bekas pemimpin militant dari bandar Jenin di Tebing Barat.

Dalam rakaman didedahkan IPS menunjukkan pegawai memeriksan terowong sempit di bawah sinki dan satu lagi menunjukkan lubang di luar tembok penjara.

Video itu umpama filem ikonik 1994 kisah banduan melarikan diri “The Shawshank Redemption”.

Gilboa – yang dibuka pada 2004 ketika intifada Palestin kali kedua adalah antara bangunan dengan keselamatan dikawal ketat di mana ratusan rakyat Palestin ditahan di situ.

Penjara berkata banduan yang ditahan atas kesalahan keselamatan dipindahkan kerana bimbang ada terowong lain yang digali di bangunan itu. – AFP, 7 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen