Anak lelaki Muammar Gaddafi dibebas dari penjara 


Al-Saadi Gaddafi kemudian meninggalkan Libya untuk berpindah ke Turki.– Gambar EPA, 6 September, 2021.

ANAK  pemimpin Libya yang digulingkan Muammar Gaddafi telah dibebaskan dari penjara di Tripoli, kata sumber keselamatan pada Ahad.

Al-Saadi Gaddafi, 48, dibebaskan melalui keputusan oleh Ketua Pendakwaraya Libya dan persetujuan Perdana Menteri Abdul Hamid Dbeibeh.

Beliau kemudian meninggalkan negara itu untuk berpindah ke Turki, lapor Agensi Anadolu.

Al-Saadi, yang pernah menyandang jawatan dalam pengurusan aktiviti sukan negara itu semasa tempoh Gaddafi, dan bermain dengan pasukan bola sepak kebangsaan Libya.

Beliau melarikan diri ke Niger selepas kejatuhan rejim Gaddafi pada 2011 namun dibawa kembali ke Libya untuk dibicarakan pada 2014 atas tuduhan penyelewengan semasa menerajui Persekutuan Bola Sepak Libya. – Bernama, 6 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen