Ribuan penunjuk perasaan di Amsterdam bantah sekatan Covid-19


Ribuan penduduk di Amsterdam, Belanda mengadakan tunjuk perasaan semalam kerana membantah sekatan Covid-19 yang dikuatkuasakan pihak berkuasa. – Gambar EPA, 6 September, 2021.

RIBUAN penduduk di Amsterdam, Belanda mengadakan tunjuk perasaan semalam kerana membantah sekatan Covid-19 yang dikuatkuasakan pihak berkuasa, lapor Sputnik.

Penunjuk perasaan mula berkumpul di Dataran Dam pada 9 pagi waktu tempatan dan jumlah peserta semakin ramai meskipun diminta bersurai.

Bantahan itu dianjurkan oleh Michel Reijinga yang turut bertanggungjawab menganjurkan tunjuk perasaan sama sebelum ini.

Sebanyak 60 kumpulan mengambil bahagian dalam protes tersebut, lapor stesen penyiaran awam NOS.

Pada Ogos, Belanda memaklumkan mulai 20 September, sistem pas masuk Covid-19 akan digunakan di restoran, bar, kafe dan acara kebudayaan untuk kehadiran melebihi 75 orang. – Bernama, 6 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen