5 maut bangunan runtuh di Kampala, Uganda


Jentera digunakan untuk mengalihkan konkrit bagi membolehkan usaha mencari dan menyelamat mangsa runtuhan di Kampala, Uganda. – Gambar AFP, 6 September, 2021.

SEKURANG-KURANGNYA lima disahkan terkorban dan ramai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan di Kampala, Uganda pada Ahad.

Menurut anggota polis dan tentera kejadian berlaku di kawasan pembinaan di Kisenyi, pinggir bandar Kampala ketika hujan lebat, lapor Agensi Anadolu.

Seorang saksi, Stephen Kato berkata ramai mangsa masih terperangkap termasuk penjual makanan, pengendali pengangkutan motosikal dan orang yang berada di tempat kejadian.

“Lima mayat telah ditemukan setakat ini. Pihak polis dan tentera giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” kata Datuk Bandar Kampala Salim Uhuru.

Uhuru berkata, siasatan perlu dijalankan memandangkan semakin banyak kejadian runtuhan di tapak pembinaan berlaku.

Menurut polis, sekurang-kurangnya empat terkorban dalam kejadian sama dalam tempoh dua bulan lalu. – Bernama, 6 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen