LAPORAN pembangunan perdagangan perkhidmatan sukan China terkini menunjukkan jumlah import dan eksport mencatat RMB18.25 bilion (RM11.7 bilion) tahun lalu, menyumbang 0.4% kepada jumlah import eksport perdagangan perkhidmatan negara itu.
Laporan itu dikeluarkan pada forum perdagangan perkhidmatan sukan antarabangsa sempena pameran perdagangan perkhidmatan antarabangsa China 2021 di Beijing pada Sabtu.
Forum itu memfokuskan pembangunan digital, penggabungan rentas sektor dan trend penggunaan dalam bidang sukan.
Menurut laporan itu, perdagangan perkhidmatan sukan China mengalami impak ketara daripada penularan pandemik Covid-19 pada tahun lalu.
Naib pengarah bahagian ekonomi jabatan pentadbiran am sukan negara China, Peng Weiyong berkata, bagaimanapun perubahan situasi susulan wabak sebaliknya membawa peluang baik kepada pembangunan perdagangan sukan China.
“Pengukuhan asas dan penyempurnaan struktur akan memberi jaminan kepada perkembangan perdagangan perkhidmatan sukan China untuk jangka panjang, berterusan, stabil dan sihat,” katanya. – Bernama, 5 September, 2021.
Komen