Lelaki maut diserang jerung di Australia


Lelaki itu dipercayai berusia 20-an diserang ikan jerung di Pantai Emerald berhampiran Pelabuhan Coffs, enam jam di utara Sydney, kata paramedik. – Gambar AFP, 5 September, 2021.

SEORANG lelaki terbunuh dalam serangan ikan jerung di Australia walaupun pelbagai usaha menyelamat dibuat orang ramai, kata pihak berkuasa pada Ahad.

Lelaki itu dipercayai berusia 20-an diserang ikan jerung di Pantai Emerald berhampiran Pelabuhan Coffs, enam jam di utara Sydney, kata paramedik. 

Petugas kecemasan, termasuk pasukan perubatan helikopter dikejarkan ke tempat kejadian sebelum jam 11.00 pagi selepas menerima panggilan kecemasan.

Chris Wilson, inspector Ambulans New South Wales berkata paramedik tiba dan mendapati orang ramai cuba menyelamatkan lelaki itu.

“Ia situasi yang sangat menyayat hati di pantai pagi tadi,” katanya.

“Pesakit cedera parah di tangannya, tetapi walaupun orang ramai, paramedik dan petugas kecemasan berusaha menyelamatkannya, pesakit tidak berjaya diselamatkan.”

Perkhidmatan Pengawal Pantai Pelabuhan Coffs berkata pantai dan perairan itu ditutup kepada orang awam kerana tragedi itu.

Ia adalah kejadian kematian melibatkan serangan ikan jerung direkodkan di perairan Australia tahun ini, menurut Persatuan Pemuliharaan Taronga Australia.

Terdapat 26 serangan ikan jerung pada 2020, enam daripadanya melibatkan kematian, menurut data agensi kerajaan. – AFP, 5 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen