3 maut dalam serangan bunuh diri di Pakistan


Pengebom menyasarkan pengawal Frontier Constabulary di kejiranan Mian Ghundi di bandar yang bersempadan dengan Afghanistan itu, yang juga kawasan tumpuan pedagang Hazara Syiah. – Gambar AFP, 5 September, 2021.

SEKURANG-KURANGNYA tiga pengawal separa tentera terbunuh pada Ahad selepas seorang pengebom bunuh diri bermotosikal meletupkan dirinya di Quetta, tenggara Pakistan, kata polis.

Pengebom menyasarkan pengawal Frontier Constabulary di kejiranan Mian Ghundi di bandar yang bersempadan dengan Afghanistan itu, yang juga kawasan tumpuan pedagang Hazara Syiah.

Azhar Akram, timbalan ketua polis memberitahu AFP yang 20 orang lagi termasuk orang awam cedera dalam serangan itu.

Jurucakap Jabatan Anti Keganasan polis mengesahkan jumlah mangsa terbunuh.

Golongan Islam Syiah sering menjadi sasaran Balochistan, kumpulan Sunni radikal yang menganggap mereka murtad.

Pengawal barisan hadapan itu juga menjadi sasaran pemberontak Balochistan yang berjuang mahukan kuasa autonomi di wilayah itu. – AFP, 5 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen