Menteri luar G7 bincang situasi Afghanistan minggu depan


Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi berkata mesyuarat itu mungkin diadakan pada 8 September. – Gambar AFP, 5 September, 2021.

MESYUARAT Menteri-menteri Luar G7 dijadual diadakan minggu depan menyaksikan penyertaan Rusia dan China, kata Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi pada Ahad.

“Minggu depan, satu mesyuarat peringkat menteri-menteri luar negara G7 akan diadakan, antara lain untuk membincangkan situasi di Afghanistan; dijangka disertai menteri dari Rusia, China dan beberapa negara lain,” kata Motegi.

Motegi berkata mesyuarat itu mungkin diadakan pada 8 September, lapor Sputnik memetik televisyen NHK. – Bernama, 5 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen