Tiga terbunuh dalam insiden tembakan pada petang Jumaat manakala tiga yang lain cedera, menurut Jabatan Polis Metropolitan Washington D.C
Kejadian berlaku di 600 Block Longfellow Street, NW sekitar 7.30 malam waktu tempatan (0230 GTM Ahad), lapor Agensi Berita Xinhua.
Ketua Polis D.C. Robert Contee berkata, suspek keluar dari sebuah kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berada di blok itu. Motif kejadian masih disiasat.
Polis masih memburu suspek dan menawarkan ganjaran wang tunai AS$75,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai suspek. – Bernama, 5 September, 2021.
Komen