ENAM orang disahkan maut dalam kebakaran di sebuah kilang di wilayah Zhejiang, timur China, kata pihak berkuasa tempatan pada Sabtu.
Kebakaran berlaku kira-kira 4 petang Jumaat di syarikat pembuat span di Jiashan County, lapor Agensi Berita Xinhua.
Pihak yang bertanggungjawab mengendalikan syarikat itu telah ditahan polis. Punca kebakaran sedang disiasat. – Bernama, 4 September, 2021.
Komen