China kekal kedutaan di Afghanistan, kata Taliban


Kedutaan China di Kabul tetap beroperasi, walaupun Beijing sudah memindahkan rakyatnya dari negara itu beberapa bulan lalu apabila situasi keamanan semakin merosot. – Gambar EPA, 3 September, 2021.

JURUCAKAP Taliban berkata pada Jumaat yang China berjanji memastikan kedutaannya di Afghanistan dibuka dan untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke negara yang dilanda perang itu.

Abdul Salam Hanafi, anggota politik kumpulan Islam beribu pejabat di Doha, Qatar, “mengadakan perbualan telefon dengan Wu Jianghao, timbalan menteri luar Republik Rakyat China,” kata jurucakap Suhail Shaheen menulis di Twitter.

“Timbalan menteri luar China berkata mereka akan mengekalkan kedutaan di Kabul, dan menambah yang hubungan kami akan dipertingkatkan berbanding dengan masa lalu. Afghanistan boleh memainkan peranan penting dalam keamanan dan pembangunan wilayah,” katanya.

“China juga akan terus dan meningkatkan bantuan kemanusiaannya terutama untuk rawatan Covid-19,” kata jurucakap itu.

Tiada pengesahan dari Beijing.

Sebahagian besar negara di dunia mengambil pendekatan tunggu dan lihat untuk terlibat dengan Taliban ketika mereka mengambil alih Afghanistan.

Bagaimanapun, China berulang kali mengecam apa yang dilihatnya sebagai penarikan diri dari Afghanistan secara tergesa-gesa dan tidak dirancang oleh Amerika Syarikat, dan berkata ia bersedia untuk mengeratkan hubungan dengan Taliban selepas pengambilalihan mereka.

Kedutaan China di Kabul tetap beroperasi, walaupun Beijing mula memindahkan rakyatnya dari negara itu beberapa bulan lalu ketika keamanan semakin merosot.

Tetapi Beijing belum mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan de facto, dan bimbang sokongannya kepada golongan pemisah Uyghur minoriti Muslim yang ingin menyusup ke wilayah sempadannya Xinjiang.

Bagi Beijing, pentadbiran yang stabil dan bekerjasama di Kabul akan membuka jalan untuk pengembangan infrastruktur di luar negara, kata penganalisis.

Sementara itu, Taliban mungkin menganggap China sebagai sumber pelaburan dan sokongan ekonomi yang penting.

Syarikat-syarikat China juga mengintai lombong tembaga dan litium Afghanistan yang besar, tetapi pakar berkata keselamatan berisiko membawa kemungkinan komoditi segera oleh pelabur tidak mungkin berlaku. – AFP, 3 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen