KOREA Utara menolak kira-kira tiga juta dos vaksin Covid-19 China, dan mencadangkan ia sepatutnya diberikan kepada negara yang lebih memerlukan, kata Unicef.
Negara itu merupakan yang pertama melaksanakan perintah berkurung ketat selepas menutup pintu sempadannya pada Januari lalu bagi menghalang penularan virus dari China.
Pyongyang bertegas bahawa ia masih belum menyaksikan sebarang kes di negara itu yang mana ia diragui oleh penganalisis.
Malah negara itu turut menerima kesan akibat perintah berkurung apabila pada Jun lalu mengakui berdepan krisis makanan.
Namun negara itu memaklumkan Unicef—yang bertanggungjawab mengedarkan vaksin di bawah program Covax—bahawa vaksin buatan China itu boleh diberikan kepada negara lain,” kat agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Kementerian kesihatan awam Korea Utara menyatakan 2.97 juta dos Sinovac yang ditawarkan oleh Covax mungkin akan disalurkan ke negara yang terjejas teruk akibat pandemik berikutan bekalan vaklsin Covid-19 global yang terhad, kata jurucakap Unicef kepada AFP.
Pyongyang akan terus berhubung dengan Covax untuk menerima vaksin Covid-19 dalam tempoh beberapa bulan akan datang, tambah mereka. – AFP, 2 September, 2021.
Komen