Afrika Selatan enggan terima pelarian Afghanistan 


Pelarian Afghanistan berlunding di Pakistan sebelum ditempatkan di negara yang akan menerima mereka.– Gambar EPA, 2 September, 2021.

AFRIKA Selatan menolak permohonan untuk menempatkan pelarian Afghanistan yang lari ke Pakistan untuk mengelak daripada Taliban. 

Menurut kerajaan negara itu, pihaknya sudah menerima sejumlah besar pelarian dari negar lain. 

Pihaknya juga telah diminta untuk mempertimbangkan sejumlah pelarian dari Afghanistan yang berlindung di Pakistan. 

“Permintaan itu ialah mereka ditempatkan di Afrika Selatan sebelum dibawa ke destinasi akhir mereka,” kata kementerian luar dalam satu kenyataan. 

“Malangnya kerajaan Afrika Selatan tidak ada pendirian untuk menerima permintaan itu.”

Menurutnya, negara itu sendiri sudah menempatkan sejumlah besar pelarian dan terpaksa menanggung keperluan mereka. 

“Kebanyakan mereka sudah menerima bantuan sosial dan peruibatan percuma di bawah prgram yang ditawarkan negara kami.”

Afrika Selatan merupakan destinasi utama untuk pelarian ekonomi dari negara jiran berikutan perkembangan ekonominya yang paling pesat di benua itu. 

Negara itu juga merupakan antara yang mempunyai dasar pelarian paling progresif, yang memabntu menarik lebih sejuta pencari suaka antara 2007 dan 2015. 

Namun proses dokumentasi tertangguh walau sebelum pandemik dan kebanyakan pelarian tersekat selepas permohonan mereka ditolak, menurut kumpulan hak asasi manusia. – AFP, 2 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen