AS pastikan keselamatan laluan udara dan darat keluar dari Afghanistan


Berikutan pengunduran AS dari Afghanistan pada 31 Ogos, sekitar 200 rakyat AS masih terkandas di negara itu, menurut Jabatan Negara dan White House. – Gambar EPA, 2 September, 2021.

AMERIKA Syarikat (AS) akan berusaha memastikan keselamatan laluan udara dan darat sebelum meneruskan misi pemindahan saki baki rakyatnya yang masih berada di Afghanistan, kata Setiausaha Rendah Hubungan Diplomatik Victoria Nuland semalam.

“Perkara pertama yang harus dilakukan (sebelum memindahkan rakyat AS yang masih ada) adalah memastikan keselamatan laluan udara dan darat, itulah yang sedang kita usahakan,” lapor Sputnik, memetik kenyataan Nuland pada sidang media.

Berikutan pengunduran AS dari Afghanistan pada 31 Ogos, sekitar 200 rakyat AS masih terkandas di negara itu, menurut Jabatan Negara dan White House.

Presiden Joe Biden berkata pentadbirannya komited untuk memindahkan rakyatnya meninggalkan negara itu tanpa mengira waktu.

Media AS melaporkan kira-kira 20,000 rakyat Afghanistan yang memohon Visa Imigran Khas (SIV) masih berada di Afghanistan ketika Taliban menawan Kabul. – Bernama, 2 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen