Helikopter tentera laut AS terhempas di Pantai San Diego


Helikopter MH-60S yang berlepas dari USS Abraham Lincoln terhempas ketika melakukan operasi penerbangan rutin kira-kira 60 batu nautika dari pantai San Diego pada 4.30 petang semalam. – Gambar EPA, 1 September, 2021.

SEBUAH helikopter Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terhempas di pantai San Diego, California pada Selasa, lapor Xinhua.

Pengawal pantai dan tentera laut kini giat melakukan operasi mencari dan menyelamat. 

“Helikopter MH-60S yang berlepas dari USS Abraham Lincoln (CVN 72) terhempas ketika melakukan operasi penerbangan rutin kira-kira 60 batu nautika dari pantai San Diego pada 4.30 petang Selasa,” menurut kenyataan Angkatan Tentera Laut  AS.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan jumlah mangsa yang terlibat. – Bernama, 1 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen