New Orleans laksana perintah berkurung akibat ribut Ida


Hurikan Ida yang melanda Louisiana pada Ahad lalu diklasifikasi sebagai ribut Kategori 4. – Gambar EPA, 1 September, 2021.

PERINTAH berkurung dikuatkuasakan di seluruh New Orleans ekoran Hurikan Ida membadai bandar raya itu, kata Datuk Bandar LaToya Cantrell.

“Perintah berkurung itu bermula 8 malam hingga 6 pagi berkuat kuasa serta merta,” kata Cantrell pada Selasa, lapor Sputnik.

Sementara itu, Ketua Polis New Orleans Shaun Ferguson mengingatkan penduduk yang berpindah agar tidak pulang ke kediaman mereka berikutan bekalan elektrik belum pulih sepenuhnnya.

Ferguson berkata jalan raya masih dipenuhi sampah sarap dan berbahaya untuk pemanduan waktu malam kerana lampu isyarat tidak berfungsi.

Beliau menambah beberapa kes kecurian juga dilaporkan berlaku.

Hurikan Ida yang melanda Louisiana pada Ahad itu diklasifikasi sebagai ribut Kategori 4. – Bernama, 1 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen