Vietnam beri ampun 3,000 banduan sempena hari kemerdekaan


Menurut, Timbalan Menteri Keselamatan Awam Le Quoc Hung pengampunan itu membabitkan Banduan yang menerima hukuman penjara atas tuduhan rasuah, dadah dan kesalahan jenayah lain termasuk 21 warga asing. – Gambar AFP, 31 Ogos 2021.

VIETNAM hari ini mengumumkan pengampunan terhadap lebih 3,000 banduan menjelang hari kemerdekaan negara itu.

Banduan yang menerima hukuman penjara atas tuduhan rasuah, dadah dan kesalahan jenayah lain adalah antara mereka yang layak dibebaskan lebih awal

Menurut, Timbalan Menteri Keselamatan Awam Le Quoc Hung senarai banduan itu termasuk 21 warga asing.

Hung bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan tahanan politik akan dibebaskan sambil menegaskan “tiada banduan atas tuduhan politik di Vietnam”.

Sementara itu, Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata lebih 130 tahanan politik berada di penjara Vietnam setakat Mei tahun ini.

Malah, negara itu mempunyai sejarah menjatuhkan hukuman berat terhadap pengkritik dan pembangkang kerajaan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pentadbiran tegas negara itu telah menghalang perbezaan pendapat dan menangkap pengkritik terutama mereka yang menyiarkannya di platform media sosial.

Vietnam turut menyekat semua agensi media bebas malah negara itu berada pada kedudukan ke-175 daripada 180 negara dalam Reporters Without Borders 2020 berkaitan indeks kebebasan akhbar.

Pejabat presiden menyatakan ini adalah pengampunan pertama dalam tempoh empat tahun dan banduan akan dibebaskan mulai esok.

Menurut kementerian keselamatan awam, Vietnam mempunyai lebih 100,000 banduan di penjara. – AFP, 31 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen