PBB rayu bantu segera petani Afghanistan


Afghanistan berdepan kemarau kedua terburuk dalam tempoh 3 tahun. – Gambar EPA, 28 Ogos, 2021.

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu pada Sabtu bagi mendapatkan bantuan terhadap 7 juta petani Afghanistan di negara yang dilanda peperangan dan diancam kemarau teruk.

Covid-19 turut menjejaskan petani di negara itu, yang kini dikuasai Taliban selepas mereka menjatuhkan kerajaan disokong Amerika Syarikat bulan ini.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) menyatakan petani yang paling teruk terjejas kemarau di negara itu adalah antara 14 juta penduduk Afghanistan yang “tidak selamat dan memerlukan segera bantuan kemanusiaan.”

“Bantuan yang diperlukan ketika ini adalah kunci untuk mengatasi kesan kemarau dan keadaan yang semakin buruk di kawasan luar bandar Afghanistan dalam beberapa minggu akan datang,” kata pengarah FAO, Qu Dongyu dalam satu kenyataan.

Afghanistan menghadapi kemarau kedua terburuk dalam tempoh tiga tahun dan PBB mengatakan minggu ini ia akan kehabisan bekalan tepung gandum dari Oktober.

“Sekiranya kita gagal membantu mereka yang paling terjejas disebabkan kemarau teruk, sejumlah besar terpaksa meninggalkan ladang mereka dan dipindahkan ke kawasan tertentu,” kata Qu.

“Ini mengancam bekalan makanan selain menimbulkan ancaman lain terhadap kestabilan Afghanistan.”

Pertubuhan itu menyatakan ia menghadapi kekurangan dana sebanyak AS$18 juta (RM75 juta) untuk menyokong rancangan tindak balas kemarau di Afghanistan.

Mereka berharap dapat membantu 250,000 keluarga atau sekitar 1.5 juta orang ketika musim sejuk akan datang.

Namun kekurangan dana bermakna hanya 110,000 keluarga yang dapat dibantu. – AFP, 28 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen