China sumbang peralatan cegah Covid-19 kepada Myanmar


Bekalan pertama peralatan sumbangan itu termasuk pelitup muka, kelengkapan perlindungan diri pakai buang, gel penyahjangkitan, alat pengimbas inframerah terma dan alat oksigen mudah alih. – Gambar EPA, 28 Ogos 2021.

KEMENTERIAN Luar China menyumbang peralatan mencegah wabak Covid-19 kepada wilayah Kachin dan Shan di Myanmar, yang bersempadan dengan China.

Sumbangan itu hasil kesepakatan di bawah Perjanjian Pengendalian dan Kerjasama Sempadan China-Myanmar.

Majlis penyerahan sumbangan berkenaan diadakan di kastam Houqiao, bandar Tengchong, wilayah Yunnan.

Bekalan pertama peralatan sumbangan itu bernilai RMB1.555 juta (RM1 juta) termasuk pelitup muka, kelengkapan perlindungan diri pakai buang, gel penyahjangkitan, alat pengimbas inframerah terma dan alat oksigen mudah alih.

Konsul jeneral Myanmar di Kunming bagi pihak rakyat Myanmar mengucapkan terima kasih kepada kerajaan.

Menurutnya, sumbangan itu memberi harapan dan dapat membantu usaha Myanmar memerangi wabak sekali gus mencerminkan persahabatan erat kedua-dua negara dan melambangkan konsep komuniti berkongsi nasib. – Bernama, 28 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen